Starving on a rainy day? You can totally cook this dish
No idea what to cook for yo husband? You can totally cook this dish
Got limited time to prepare picnic food? You can totally cook this dish
Study and staying abroad alone and starving? You can totally cook this dish
BUTTERMILK CHICKEN
Sebenarnya, ayam butter ni banyak version masak dia, tapi ni sis punya cara lah. Senang dan sodap eh. Ayuh, check on the ingredients!
Bahan A: Ayam salut tepung
1 pack Fillet ayam / chicken keels (cut to bite size)
Telur sebiji
Minyak (untuk menggoreng)
Serbuk kari
Garam
Air (sikit je asal boleh gaulkan tepung dgn ayam)
(gaulkan kesemuanya dan jadilah tepung ciptaan engkau)
@
Tepung goreng instant (hehe sis suka adabi punya)
Letak ayam yang telah dipotong ke dalam telur dan seterusnya salutkan dengan tepung sepenuhnya dan campak ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu (kalau guna tepung biasa pun sama je caranya ya)
Goreng sehingga warna keemasan dan angkat setelah anda yakin lagi percaya isi ayam itu telah masak sepenuhnya ( kalau guna tepung biasa tak perlu goreng hingga garing sangat untuk elakkan ayam keras/liat bila campur kuah butter)
Bahan B: Kuah buttermilk
Butter
Butter
Susu pekat
Susu cair (optional: sis suggest carnation)
Air
Bawang putih (dihiris kecil)
Cili padi
Daun kari
Garam
Masukkan satu sudu besar susu pekat, kalau suka manis boleh tambah lagi. Up to you!
Kemudian masukkan air dan garam sikit. Kalau nak kuah banyak letak air lebih sikit dan seimbangkan dengan rasa susu pekat tadi. Gaul sebati sehingga kuah agak pekat (ada orang tambah air campuran tepung jagung sikit untuk pekat, suka hatilah awak lah)
Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan gaul ayam sehingga kuah menjadi pekat (seorang ameerah tak suka kuah banyak hahaha)
Agak-agak ikut citarasa sendiri lah eh hahaha, daun kari 1-2 pelepah, cili padi 4-6 biji, bawang putih 3-4 ulas
Sis guna buttercup tu lah and oh ya tepung segera adabi (tak rajin nak pakai tepung biasa muehehe)
Cairkan butter dan buka api slow je supaya butter tak hangus kihkih
Masukkan hirisan bawang putih, mualla! bau dia ya tohaaan sedap!
Kemudian masukkan air dan garam sikit. Kalau nak kuah banyak letak air lebih sikit dan seimbangkan dengan rasa susu pekat tadi. Gaul sebati sehingga kuah agak pekat (ada orang tambah air campuran tepung jagung sikit untuk pekat, suka hatilah awak lah)