HELLO!

24 November, 2016

Resipi lemon chicken / ayam lemon (sweet, tangy taste)


Hi! another chicken recipe por you, LEMON CHICKEN!
Ciken, yesss
S I M P L E

Bahan-bahan:

1 pack ayam (fillet/keel/wing)
Tepung menggoreng instant
Sebji telur
2 biji lemon (make sure lemon fresh! kalau tak rasa kuah akan pahit)
Tepung jagung
Kiub pati ayam
Madu (optional)
Minyak masak
Daun bawang/bijan (garnish)



tadaaaa



Goreng ayam! go check the butter chicken entry kalau nak guna tepung biasa untuk goreng (tapi serbuk kari jangan guna tau!)



Deep fried method



Okay ni untuk lemon sauce nya, ikut tekak sendiri okay? 2-3 hirisan lemon, half/full kiub pati ayam campur air, lemon juice 2-2 1/2 biji (1/4 cup),  campuran tepung jagung dgn air (tak mau pekat sangat naa)



Masukkan stok ayam, hirisan lemon



Hat ni siapa nak letak madu letak lah sesudu nah


Tuang tepung jagung solution dan gula 2 sudu



and masukkan ayam



Tabur daun bawang sikit ke ikut suka hatilah, bijan ke



Siap!

Thank you! xx

11 November, 2016

Resipi butter chicken / buttermilk chicken (Easy, tasty, mild spicy, a hint of sweet)

Hi! So I come back with a recipe of chicken (yes ciken)
Starving on a rainy day? You can totally cook this dish
No idea what to cook for yo husband? You can totally cook this dish
Got limited time to prepare picnic food? You can totally cook this dish
Study and staying abroad alone and starving? You can totally cook this dish

BUTTERMILK CHICKEN 

Sebenarnya, ayam butter ni banyak version masak dia, tapi ni sis punya cara lah. Senang dan sodap eh. Ayuh, check on the ingredients!

Bahan A: Ayam salut tepung

1 pack Fillet ayam / chicken keels (cut to bite size)
Telur sebiji
Minyak (untuk menggoreng)

Tepung gandum
Serbuk kari
Garam
Air (sikit je asal boleh gaulkan tepung dgn ayam)
(gaulkan kesemuanya dan jadilah tepung ciptaan engkau)

@

Tepung goreng instant (hehe sis suka adabi punya)


Letak ayam yang telah dipotong ke dalam telur dan seterusnya salutkan dengan tepung sepenuhnya dan campak ke dalam minyak yang telah dipanaskan terlebih dahulu (kalau guna tepung biasa pun sama je caranya ya)



Goreng sehingga warna keemasan dan angkat setelah anda yakin lagi percaya isi ayam itu telah masak sepenuhnya ( kalau guna tepung biasa tak perlu goreng hingga garing sangat untuk elakkan ayam keras/liat bila campur kuah butter)



Angkat ke tepi dan toskan minyak atas kitchen paper (nampak hodoh tapi percayalah tak hangus pun it's just lighting hahaha)

Bahan B: Kuah buttermilk

Butter
Susu pekat
Susu cair (optional: sis suggest carnation)
Air 
Bawang putih (dihiris kecil)
Cili padi
Daun kari
Garam


Agak-agak ikut citarasa sendiri lah eh hahaha, daun kari 1-2 pelepah, cili padi 4-6 biji, bawang putih 3-4 ulas 



Sis guna buttercup tu lah and oh ya tepung segera adabi (tak rajin nak pakai tepung biasa muehehe)



Cairkan butter dan buka api slow je supaya butter tak hangus kihkih 



Masukkan hirisan bawang putih, mualla! bau dia ya tohaaan sedap!



Masukkan satu sudu besar susu pekat, kalau suka manis boleh tambah lagi. Up to you!



Kemudian masukkan air dan garam sikit. Kalau nak kuah banyak letak air lebih sikit dan seimbangkan dengan rasa susu pekat tadi. Gaul sebati sehingga kuah agak pekat (ada orang tambah air campuran tepung jagung sikit untuk pekat, suka hatilah awak lah)



Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dan gaul ayam sehingga kuah menjadi pekat (seorang ameerah tak suka kuah banyak hahaha)



Masukkan daun kari dengan cili padi yang dah dipotong tadi dan gaul sehingga puas hati, mana nak adjust sila adjust


Tadaaaa! dah siap. Makan dengan nasi panas boleh, makan gitu je pun boleh. Pokoknya, ikut citarasa kamu deh!

Thank you! xx